PGF Capital ambil alih tanah berharga RM40 juta di Kulim bagi tingkatkan pengeluaran penebat

PGF Capital ambil alih tanah berharga RM40 juta di Kulim bagi tingkatkan pengeluaran penebat

Source: https://www.dagangnews.com/article/pgf-capital-ambil-alih-tanah-berharga-rm40-juta-di-kulim-bagi-tingkatkan-pengeluaran-penebat-41438

KUALA LUMPUR 13 Sept – PGF Capital Bhd bercadang mengambilalih tanah pegangan bebas seluas 9.7 hektar berharga RM40 juta di Kulim, Kedah bagi meningkatkan pengeluaran penebat.

Kumpulan itu menerusi NetZero Technology Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) bagi pengambilalihan tanah yang terletak di Pekan Padang Meha, Kulim, Kedah, daripada Senam Jaya Sdn Bhd dan tanah ini akan dibangunkan menjadi Taman Perindustrian Timur Kulim.

Katanya, tanah itu akan dibangunkan secara berfasa. Di bawah Fasa 1, sebuah kilang pembuatan baharu akan dibina bagi meningkatkan jumlah kapasiti pengeluaran penebat tahunan kumpulan sebanyak 160% atau 40,000 tan metrik, daripada 25,000 tan metrik sedia ada kepada 65,000 tan metrik.

“Pembinaan kilang baharu itu dijadualkan bermula pada awal 2025, dengan operasi komersial dijangka bermula pada separuh pertama 2026.

“Bagi Fasa 2 pembesaran itu akan meningkatkan lagi kapasiti sebanyak 20,000 tan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 85,000 tan dan ia dijangka siap pada separuh pertama 2028.

“Kami teruja dengan prospek yang ditawarkan oleh tanah ini kerana keluasannya yang mencukupi untuk menampung keperluan pengembangan kami untuk lima tahun akan datang selain lokasinya yang strategik dengan jarak yang dekat dengan kedua-dua kilang syarikat serta Pelabuhan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Fong Wern Sheng berkata, pihaknya teruja dengan prospek yang ditawarkan memandangkan keluasannya yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pengembangan mereka dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, kumpulan itu sedang membina kapasiti tahunan tambahan sebanyak 40,000 tan metrik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat didorong trend global ke arah kemampanan dan kecekapan tenaga.

Katanya, peningkatan tumpuan kepada sasaran sifar bersih memberikan peluang besar kepada kumpuan itu kerana penebat memainkan peranan penting dalam mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon.

“Pada masa ini, pengembangan operasi kami disokong oleh lonjakan permintaan untuk produk penebat, terutamanya dalam pasaran Oceania, di mana kod bangunan kecekapan tenaga baharu Australia yang ketat telah merangsang penggunaan.

“Pengembangan ini juga akan meletakkan kami dengan baik untuk meraih peluang di wilayah lain apabila permintaan untuk rumusan bangunan cekap tenaga meningkat. Secara keseluruhan, kami optimis terhadap prospek masa depan kami,” katanya. – DagangNews.com (https://dagangnews.com)



Investing In Success Starts Here

Drop us your message, and we will reach out to you soonest.