Newsroom

Untung Sebelum Cukai PGF Capital Melonjak 666% Bagi 2QFY23

Untung Sebelum Cukai PGF Capital Melonjak 666% Bagi 2QFY23

Source: Untung sebelum cukai PGF Capital melonjak 666% bagi 2QFY23 | DagangNews.com

KUALA LUMPUR 20 Okt – Untung sebelum cukai (PBT) PGF Capital Berhad melonjak 666% kepada RM4.83 juta untuk suku kedua berakhir 31 Ogos 2022 (2QFY23).

Kumpulan itu juga merekodkan hasil sebanyak RM22.48 juta atau peningkatan RM12.31 juta atau 121% untuk tempoh yang sama.

Mereka juga mencatatkan pertumbuhan dalam hasil sebanyak RM21.15 juta atau 78%, daripada RM27.23 juta kepada RM48.38 juta bagi enam bulan terkumpul berakhir 31 Ogos 2022.

Segmen penebat dan produk berkaitan terus menjadi penyumbang terbesar dengan RM22.48 juta pada 2QFY23 yang diterjemahkan kepada kira-kira 99% daripada jumlah hasilnya sekali gus mencerminkan peningkatan sebanyak RM12.31 juta berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pengerusi Eksekutif, Fong Wern Sheng berkata, sehmen pelaburan syarikat itu merekodkan PBT sebanyak RM240,000 manakala segmen pembangunan hartanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM150,000 manakala segmen lain termasuk aktiviti pertanian dan akuakultur mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM270,000.

“Selepas mengambil kira prestasi kumpulan, PGF mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 1.00 sen sesaham biasa, berjumlah RM1.61 juta.

“Kami kekal berhati-hati dengan prospek masa hadapan dengan mengambil kira permintaan dari Ocenia apabila sektor pembinaan berkembang dengan semakan dalam Kod Pembinaan Nasional (NCC) di Australia dan Kod Bangunan di New Zealand tahun depan.

“Ini memberi petanda baik dengan rancangan pengembangan PGF di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi Golden Approach Sdn. Bhd. kumpulan itu juga terlibat dalam pembangunan hartanah dengan pemilikan kira-kira 530 hektar tanah pajakan yang terletak di Tanjung Malimberhampiran dengan Proton City dengan projek pembangunan baharu dijangka dilancarkan tahun depan.

PGF turut menguruskan pusat akuakultur air tawar seluas 20.23 hektar menerusi Diamond Creeks Aquatech Sdn. Bhd. selain menjalankan penanaman buah-buahan tropika terutamanya Musang King, di atas tanah seluas kira-kira 80.93 hektar selain tanaman kontan seperti kumquat dan markisa. – DagangNews.com



Investing In Success Starts Here

Drop us your message, and we will reach out to you soonest.